top of page

LATAR BELAKANG

Pertandingan JTMRC merupakan acara tahunan yang dianjurkan Jabatan Tenaga Manusia sejak tahun 2008 bagi mencungkil dan menguji pengetahuan dan kemahiran bidang robotik pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).  Mulai tahun 2015, pertandingan ini akan dibuka penyertaan kepada Institusi Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang lain bagi memberi persaingan yang lebih sengit kepada peserta ILJTM seterusnya menguji kemampuan ILJTM di peringkat Kebangsaan. Antara ILKA dan ILKS yang akan turut menyertai National JTMRC 2015 ialah IKM/KKTM, IKTBN/IKBN, Politeknik, Kolej Komuniti dan kolej-kolej swasta.

Pertandingan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta ILJTM untuk memasuki pertandingan-pertandingan robotik  peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi seperti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), SIRIM Berhad serta RTM dan seterusnya bertanding ke peringkat antarabangsa. Penyertaan dalam pelbagai pertandingan adalah salah satu daripada Pelan Strategik Jabatan Tenaga Manusia.

OBJEKTIF PERTANDINGAN.

Objektif bagi Pertandingan National JTMRC adalah:

  • Melahirkan pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar yang kreatif, berinovasi dan berdaya saing dalam bidang robotik.

  • Sebagai medan menguji keberkesanan hasil rekacipta robot yang berdasarkan terma dan syarat pertandingan.

  • Sebagai medan bagi bertukar pandangan dan berkongsi ilmu robotik di kalangan peserta.

KATEGORI PERTANDINGAN.

 

3 kategori akan dipertandingkan semasa National JTMRC 2015:

  • Roborumblez (Pensyarah)

  • Roborumblez (Pelajar)

  • Robot Bumi Hijau (Pelajar)

  Semua kategori akan disertai oleh 3 peserta. Setiap jenis pertandingan akan dijalankan selama 3 minit dan dijalankan secara round     robin.

PENYERTAAN.

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua pensyarah/pelajar ILKA dan ILKS

       yang menjalankan kursus-kursus berkaitan robotik seperti elektronik, mekanikal, mekatronik, pengaturcaraan dan rekabentuk              terbantu komputer (CAD).

  • Penyertaan adalah terhad,hanya 32 pasukan sahaja

 

  • Tarikh Pertandingan

       Pertandingan akan dijalankan pada 6,7 dan 8 September 2015.

  • Tapak Pertandingan

       Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping

PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

HAKIM PERTANDINGAN

Pertandingan akan di adili oleh seorang Ketua Hakim dan dibantu oleh beberapa orang Hakim (Pengadil) bagi setiap kategori. Ketua Hakim akan dilantik dikalangan pakar luar yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang robotik manakala Hakim di kalangan pensyarah ILJTM yang telah mempunyai pengalaman dalam pertandingan robotik peringkat kebangsaan.

HADIAH PERTANDINGAN

Kategori

Roborumblez (Pelajar)

Tempat

Pertama

Kedua

Ketiga

Hadiah

Bernilai RM 1,500.00

Bernilai RM 1,000.00

Bernilai RM 500.00

Robot Bumi Hijau (Pelajar)

Pertama

Kedua

Ketiga

Bernilai RM 1,500.00

Bernilai RM 1,000.00

Bernilai RM 500.00

  • Selain daripada hadiah bagi tempat Pertama hingga tempat Ketiga bagi setiap kategori, hadiah wang tunai juga akan diberikan kepada pemenang-pemenang Best Award seperti berikut:

          a. Best Design Award x RM300.00 x 3 kategori = RM900.00

          Dianugerahkan kepada pasukan robot yang mempunyai rekabentuk robot

          Terbaik

 

          b. Best Enginering Award x RM300.00 x 3 kategori = RM900.00

          Dianugerahkan kepada pasukan robot yang mempunyai elemen kejuruteraan 

          robotik yang terbaik

 

          c. Best Idea Award x RM300.00 x 3 kategori = RM900.00

          Dianugerahkan kepada pasukan robot yang mempunyai idea ciptaan robot   

          terbaik

 

          Jumlah peruntukkan yang diperlukan ialah RM2,700.00

 

  • Penilaian bagi Best Award akan dibuat oleh Hakim berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dalam peraturan pertandingan setiap kategori.

 

  •  Semua peserta akan diberi sijil penyertaan.

 

  •  Jumlah Besar Peruntukan Hadiah Wang Tunai: RM12,700.00

       Sumber hadiah adalah menggunakan Peruntukan Mengurus Jabatan.

bottom of page